Hi! Welcome Back and Stay Tune! MESTECC Ingin Merancakkan Proses R&D Di Malaysia Dengan Menyediakan Lebih 1,200 Peralatan Saintifik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MESTECC Ingin Merancakkan Proses R&D Di Malaysia Dengan Menyediakan Lebih 1,200 Peralatan Saintifik

Baru-baru ini, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah melancarkan inisiatif baru mereka iaitu Fasiliti Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional (NSFE) bagi membuka peluang kepada penggunaan 1,200 peralatan saintifik kepada sektor industri.

Kemudahan ini dilihat memberi manfaat kepada pihak yang menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam memudahkan mereka menjalankan sesuatu kajian. Inisiatif ini dapat memberi galakkan kepada sektor awam untuk meningkatkan lagi usaha mereka di dalam R&D ini.

Inisiatif ini juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara yang mensasarkan nisbah minimum perbelanjaan R&D antara sektor awam dan swasta kepada 30:70. Menurut kaji selidik R&D Kebangsaan 2017, tahap perbelanjaan bagi sektor industri adalah 57% daripada keseluruhan perbelanjaan R&D negara. Melalui NSFE juga, industri dapat mengurangkan kos efektif menerusi sewaan dan mengelakkan pertindihan pembelian peralatan baharu. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kos operasi perbelanjaan negara melalui sektor penyelidikan.

Berdasarkan data yang dikongsi, MESTECC kini mempunyai 318 buah kemudahan dan 884 buah peralatan saintifik yang sedia ada. Kemudahan peralatan ini dimiliki oleh 32 jabatan dan agensi kerajaan, iaitu institusi penyelidikan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Untuk sebarang tempahan penggunaan peralatan, anda boleh menghubungi pihak MESTECC melalui halaman atas talian atau menerusi kemudahan e-mel. Anda juga bolehlah memuat turun aplikasi MESTECC Scientific Equipment Directory pada Google Play Store untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. Selain itu, anda juga boleh membuat carian senarai peralatan melalui pautan di bawah.

Layari: Carian Peralatan Saintifik NFSE



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Ghd3tc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.