Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dikatakan Akan Membelanjakan Beberapa Ratus Juta Dolar Untuk Mendapatkan Tajuk-Tajuk Permainan Popular Untuk Perkhidmatan Arcade - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dikatakan Akan Membelanjakan Beberapa Ratus Juta Dolar Untuk Mendapatkan Tajuk-Tajuk Permainan Popular Untuk Perkhidmatan Arcade

Apple baru-baru ini dilihat mengumumkan beberapa perkhidmatan langganan baru, dan diantaranya ialah Apple Arcade, iaitu perkhidmatan langganan permainan yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan-permainan komputer melalui mana-mana peranti Apple, termasuklah Apple iPhone, iPad dan juga peranti komputer dan komputer riba Mac.

Menurut laporan Financial Times, Apple dikatakan bahawa telah ataupun akan membelanjakan sebanyak beratus juta dolar untuk memastikan bahawa platform Apple Arcade mempunyai banyak permainan-permainan berkualiti tinggi apabila ia dilancarkan kelak.

Sumber-sumber Financial Times juga berkata bahawa Apple membelanjakan berjuta-juta dolar untuk kebanyakan daripada 100 tajuk permainan komputer yang akan tiba pada platform tersebut, yang dianggarkan akan melebihi jumlah $500 juta.

Dalam pada itu, Apple turut dikatakan akan memberi para pembangun permainan habuan yang lebih tinggi jika mereka melancarkan permainan-permainan baru pada platform Apple Arcade secara eksklusif buat masa terhad sebelum ia dilancarkan pada platform-platform lain.

Ini adalah langkah yang agak menarik oleh Apple, kerana Google juga dilihat akan melancarkan perkhidmatan penstriman permainan mereka sendiri melalui Google Stadia, yang dilihat menawarkan ciri-ciri yang lebih menarik berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh Apple.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IjUTJA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.