Kecerdasan Buatan OpenAI Berjaya Mengalahkan Pasukan OG, Juara The International 2018
Pasukan OG ialah pasukan terbaik dalam permainan Dota 2 selepas menjuarai The Internasional 2018. Sungguhpun begitu juara dunia ini telah berjaya dikalahkan oleh kecerdasan buatan OpenAI Five di dalam permainan 5 lawan 5 yang berlangsung pada hujung minggu yang lalu di San Francisco. Ini menjadikannya kecerdasan pertama yang mengalahkan pasukan profesional manusia secara langsung.
Pasukan OG telah berjaya dikalahkan dalam dua perlawanan berturut-turut. Kemenangan OpenAI Five ini menakjubkan kerana hanya lapan bulan yang lalu ia dikalahkan pasukan paiN Gaming dan Chinese All Stars. Kecerdasan buatan ini menggunakan teknik pembelajaran yang diperkuat (reinforce learning) untuk menguasai taktik di dalam Dota 2. Menurut pengasas OpenAI Five Greg Brockman, setakat ini kecerdasan buatan ini mempunyai pengalaman memainkan Dota 2 yang bersamaan dengan selama 45,000 tahun.
Menerusi teknik pembelajaran yang diperkuat, kecerdasan buatan tidak diajar untuk bermain Dota 2. Sebaliknya menerusi kekalahan dan kemenangan, meningkatkan kemampuan berfikir bagi mencari teknik terbaik untuk mengalahkan musuh. Namun begitu kemampuan OpenAi Five ini adalah agak terhad. Hanya 17 dari 115 watak Dota 2 boleh dipilih bagi memudahkan proses perlawanan di antara ia dan OG. Ini adalah peningkatan dari hanya lima watak (Necrophos, Sniper, Viper, Crystal Maiden, dan Lich) ketika menentang paiN Gaming dan Chinese All Stars.
Special announcement: we’re inviting the entire Internet to play OpenAI Five (whether as a competitor or teammate) at once.
Sign up today! Very excited to see what we learn from observing OpenAI Five in the wild. pic.twitter.com/TaMhxdgVIt
— Greg Brockman (@gdb) April 13, 2019
Selepas ini pasukan OpenAI tidak akan lagi melakukan pertunjukan perlawanan kepada umum. Ia kini sedang membangunkan OpenAI untuk bekerjasama dengan pemain manusia pula. Bagi yang berminat, mereka akan membenarkan pengguna melawan atau bekerjasama dengan OpenAI Five pada 18 April hadapan. Pendaftaran akan dibuka pada 13 April. Jika anda ingin menguji sendiri kemampuan anda menentang OpenAI Five, silalah ke pautan di bawah.
Daftar untuk menentang kecerdasan buatan OpenAI di dalam Dota 2
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2XdVlg2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment