Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panasonic Memperlihatkan Konsep Televisyen OLED Dengan Skrin Lut Sinar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panasonic Memperlihatkan Konsep Televisyen OLED Dengan Skrin Lut Sinar

Di dalam filem fiksyen sains, kerap kali kita melihat skrin lut sinar digunakan pada telefon pintar dan televisyen. Di dunia sebenar konsep televisyen dengan skrin lutsinar telah kami lihat sejak 2012 tetapi sehingga kini tiada pengeluar yang menghasilkannya secara komersial. Panasonic ialah sebuah lagi pengeluar yang menghasilkan konsep televisyen dengan skrin lut sinar.

Televisyen dengan skrin OLED lut sinar diperlihatkan di acara Salone del Mobile. Ia adalah kerjasama mereka dengan firma perabot Vitra. Ketika tidak digunakan, televisyen ini kelihatan seperti sebuah kotak kayu dengan panel kaca di bahagian hadapan. Apabila dihidupkan, barulah skrin akan memaparkan imej yang ingin ditonton. Kesemua komponen televisyen ini diletakkan pada bahagian bingkai. Buat masa ini televisyen hanyalah konsep tanpa perancangan untuk menjadikannya realiti.

Samsung ialah pengeluar paling awal menunjukkan konsep skrin OLED lut sinar pada tahun 2015. Mereka masih belum menghasilkan televisyen lut sinar tetapi sebaliknya menghasilkan Frame yang merupakan televisyen yang kelihatan seperti bingkai gambar apabila tidak digunakan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2v5FUdK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.