Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dzuleira Abu Bakar Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu MaGIC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dzuleira Abu Bakar Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu MaGIC

Bermula hari ini, Dzuleira Abu Bakar memulakan peranannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif baru untuk Malaysia Global Innovation and Creative Centre (MaGIC Malaysia). Perlantikan Dzuleira ini sekali gus menggantikan peranan Ashran Ghazi yang telah meletakkan jawatannya pada Disember tahun lalu.

Dzuleira Magic

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah menyatakan pemilihan Dzuleira ini adalah berdasarkan pencapaian kerjayaannya di dalam industri yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun. Malah, mereka turut percaya dengan kebolehan Dzuleira dalam memberikan nafas baru dan meletakkan MaGIC sebagai platform keusahawanan yang lebih baik menerusi sokongan MED beserta agensi yang lain.

Dzuleira bakal menggalas tanggungjawab beliau untuk mengenal pasti dan melabur dalam pertumbuhan teknologi dan perusahaan digital. Beliau juga berperanan dalam menguruskan penstrukturan dana, strategik, pelaburan, dan hubungan antara kerajaan dan korporat.

Dengan penyertaan Dzuleira, beliau diharapkan dapat memacu MaGIC ke tahap yang lebih tinggi. Peranan dan kepimpinan yang baik adalah sangat penting bagi memastikan setiap kelemahan yang terdahulu dapat diperbaiki. Turut sama menyokong kelansungan MaGIC ini adalah agensi seperti Malaysia Industry-Government Group for High Tech (MIGHT), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Institut Automotif, Robotik dan Peranti Berhubung Malaysia (MARii), dan MIMOS.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UAVnll

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.