Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perompak Ditangkap Selepas Memulangkan Telefon Android Yang Dicuri Kerana Ia Bukan iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perompak Ditangkap Selepas Memulangkan Telefon Android Yang Dicuri Kerana Ia Bukan iPhone

Antara perkara yang paling ditakuti pengguna telefon pintar ialah peranti mereka dirompak. Semakin mahal peranti, semakin mereka hidup berjaga-jaga kerana kos menggantikan peranti yang dirompak pastinya tinggi. Di Florida, sepasang perompak telah ditangkap pihak polis selepas memulangkan telefon pintar yang dicuri. Ini adalah kerana mereka menyedari telefon yang dicuri bukan sebuah iPhone.

Dalam kejadian yang berlaku di barat laut Miami Dade pada hari Sabtu yang lalu, kedua-dua suspek merompak seorang wanita di sebuah stesen minyak. Mereka kemudian kembali ke lokasi jenayah untuk memulangkan telefon pintar selepas menyedari ia adalah sebuah peranti Android dan bukannya iPhone. Apabila mereka meninggalkan lokasi, saksi sempat mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan dan ini membolehkan mereka ditangkap oleh pihak polis. Tidak diketahui sama ada penjenayah memulangkan peranti kerana kasihan kepada mangsa atau hanya kerana tidak mahu sebuah telefon Android pada waktu ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GlHL4y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.