Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dipercayai Membayar RM25 Bilion Kepada Qualcomm Bagi Menyelesaikan Kes Saman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dipercayai Membayar RM25 Bilion Kepada Qualcomm Bagi Menyelesaikan Kes Saman

Apple dan Qualcomm bersetuju menyelesaikan pertelagahan berkenaan royalti mereka yang sudah berlarutan selama dua tahun pada minggu ini. Pertelagahan ini berkisar mengenai pembayaran royalti modem dan beberapa paten yang dipegang oleh Qualcomm. Tiada kenyataan rasmi mengenai bayaran yang dibayar oleh Apple kepada Qualcomm bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Qualcomm Snapdragon X50Menurut laporan CNBC yang memetik sumber penganalisa dari UBS, Apple dipercayai membayar di antara $5-6 bilion (~RM 21-25 bilion) kepada Qualcomm dalam bayaran royalti yang telah lama tertunggak. Disamping itu, kedua-dua syarikat turut telah bersetuju untuk melakukan pelesenan pada peringkat global, selain persetujuan untuk pembekalan cipset. Kesan jangka pendek yang dilihat ialah Intel terus menutup perniagaan modem 5G telefon pintar mereka kerana iPhone akan menggunakan modem keluaran Qualcomm selepas ini.

Apple turut dipercayai membayar sehingga $9 (~RM 36) kepada Qualcomm untuk setiap iPhone dalam pembayaran paten. Ini adalah peningkatan dari persetujuan $7.5 (~RM 32) untuk setiap iPhone sebelum ini. Apple dan Qualcomm saling memerlukan satu sama lain. Seperti yang dapat dilihat sebelum ini, Apple masih meneruskan perniagaan dengan Samsung untuk komponen walaupun menyaman syarikat Korea tersebut kerana meniru rekaan iPhone. Seperti kes saman Qualcomm, persetujuan luar mahkamah telah dilakukan dengan Samsung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Xn2tqj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.