Kuo – iPhone 2019 Akan Dilengkapi Empat Kamera Dengan Sensor 12-Megapixel
Rekaan peranti yang dikatakan adalah iPhone XI telah tertiris beberapa minggu yang lalu menunjukkan rekaan sistem tri-kamera pada bahagian belakang. Ini akan menjadi perubahan rekaan kamera paling drastik sejak iPhone 7 Plus dilengkapi sistem dwi-kamera bagi tujuan zum optikal. Terkini laman MacRumors melaporkan penganalisa Ming Chi-Kuo meramalkan ketiga-tiga model iPhone 2019 akan dilengkapi sistem tri-kamera pada bahagian belakang
Menurut beliau lagi ketiga-tiga lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto akan menggunakan sensor 12-Megapixel. Kamera hadapan juga akan dipertingkatkan dengan sensor 12-Megapixel berbanding hanya 7-Megapixel pada iPhone XS Max, XS dan XR. Sensor keluaran Sony dipercayai akan digunakan kerana ia yang terbaik di pasaran. Ini sekaligus menjadikan iPhone 2019 peranti pertama Apple dengan empat kamera dengan sensor 12-Megapixel.
Memandangkan rekaan awal tri-kamera yang tertiris menerima reaksi negatif di atas talian, Apple diramalkan akan menggunakan lensa yang gelap pada sensor ketiga yang terletak di bawah flash. Sekilas pandang peranti akan kelihatan seperti hanya mempunyai sistem dwi-kamera pada bahagian belakang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Itoj8m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment