Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Mengeluarkan Kenyataan Bahawa Kata Laluan Instagram Disimpan Didalam Teks Biasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Mengeluarkan Kenyataan Bahawa Kata Laluan Instagram Disimpan Didalam Teks Biasa

Facebook dan masalah penyimpanan kata laluan berpisah tiada. Beberapa minggu lalu kami ada menulis laporan bahawa Facebook didapati menyimpan kata laluan para pengguna mereka didalam teks biasa.

Hari ini, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Facebook mengenai isu tersebut telah dikemaskini, dan memberitahu bahawa mereka baru sahaja mendapat tahu bahawa terdapat juga kata laluan pengguna Instagram yang disimpan didalam teks biasa sahaja.

Masalah tersebut diketahui baru-baru ini, dan pihak Facebook dikatakan sedang bertungkus-lumus untuk memperbaiki isu tersebut, dan sedang dalam proses untuk memaklumkan para pengguna yang terlibat.

Apa yang merisaukan ialah sama seperti isu penyimpanan kata laluan pengguna Facebook sebelum ini, jumlah kata laluan yang disimpan didalam teks biasa adalah dalam lingkungan beberapa juta, walaupun Facebook berkata bahawa kata-kata laluan ini tidak disalahgunakan oleh sesiapa.

Jika anda seorang Instafamous, ataupun penggemar Instagram, nasihat kami ialah untuk menukar kata laluan akaun anda sebagai langkah berjaga-jaga supaya akaun anda tidak digodam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GvRQMp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.