Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tencent Dilaporkan Sedang Dalam Perancangan Hadir Dengan Telefon Permua Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tencent Dilaporkan Sedang Dalam Perancangan Hadir Dengan Telefon Permua Tersendiri

Tencent merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permua (permainan mudah-alih), dimana mereka sedia menerbitkan sejumlah permua dibawah mereka, selain pelaburan pada syarikat seperti Epic, Supercell, Blizzard, Ubisoft dan sebagainya.

Terkini, laporan baru hadir ke arena web, ia diperkatakan Tencent sedang melihat untuk hadir dengan telefon pintar memfokuskan permainan berjenama tersendiri.

Tencent dikatakan terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar lain, dan menambah jenama mereka pada peranti berkenaan. Hal ini juga mungkin memberikan petanda yang mana telefon berkenaan kelak mungkin menawarkan pengoptimasian khusus untuk permainan dibawah mereka, selain mungkin kandungan tambahan khusus.

Buat masa ini, maklumat awal berkenaan dengannya masih samar-samar, dan tidak diketahui lagi siapakah akan menjadi rakan kerjasama Tencent dalam pengeluaran peranti permua kelak. Pada masa hari ini, antara peranti permua yang popular adalah termasuk ROG Phone daripada Asus, Razer Phone, dan juga Black Shark dibawah Xiaomi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IHcOJF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.