Hi! Welcome Back and Stay Tune! Austria Bercadang Mendenda Pengguna RM 2.3 Juta Jika Meninggalkan Komen Jelik Secara Awanama. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Austria Bercadang Mendenda Pengguna RM 2.3 Juta Jika Meninggalkan Komen Jelik Secara Awanama.

Pepatah Melayu ada mengatakan “lempar batu sembunyi tangan”. Ia kini boleh diubahsuai kepada “tinggal komen sembunyi nama sebenar” untuk pengguna atas talian. Kerana identiti sebenar adalah rahsia, ramai berani meninggalkan komen yang bernada kurang ajar tanpa perlu risau dikenakan tindakan.

Di Austria, pihak kerajaan kini sedang menimbangkan untuk menggubal undang-undang mengharamkan pengguna atas talian dari meninggalkan komen jelik secara awanama. Jika didapati meninggalkan komen berunsur menghina misalnya, mereka boleh dikenakan hukuman denda €500,000 (~RM 2.3 juta). Denda akan digandakan jika kesalahan yang sama berulang.

Buat masa ini mereka bercadang menguatkuasakan undang-undang ini pada laman dengan 100,000 pengguna, menjana pendapatan €500,000 Euro setahun atau yang menerima subsidi sekurang-kurangnya €50,000 setahun. Laman e-dagang dan yang tidak menjana sebarang pendapatan dari iklan akan diberikan pengecualian dari undang-undang ini. Jika tiada tentangan diberikan oleh Kesatuan Eropah, ia akan berkuatkuasa bermula 2020.

Sistem komen yang menggunakan identiti sebenar telah lama digunakan di China dan Vietnam. Ia dilihat sebagai cara untuk mengawal komen yang negatif terhadap pihak pemerintah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2KU45GO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.