Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Lens Dikatakan Akan Memperkenalkan Ciri-Ciri Baru Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Lens Dikatakan Akan Memperkenalkan Ciri-Ciri Baru Tidak Lama Lagi

Google Lens ialah sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk mencari butiran mengenai sesebuah objek ataupun kawasan melalui gambar yang diambil dengan kamera peranti. Ia agak berguna, tetapi kadang-kala terlalu bergantung kepada aplikasi-aplikasi lain untuk melakukan beberapa tugas.

Terkini, laporan daripada 9To5 Google mengatakan bahawa Google Lens bakal mendapat beberapa kemaskini yang akan mengurangkan kebergantungan tersebut.

Ini termasuklah kehadiran penuras (filter) alih-bahasa yang dapat mengesan teks didalam bahasa asing, dan akan menawarkan untuk mengalih-bahasa secara terus.

Satu lagi ciri ialah “Restaurants” dimana Google Lens boleh mencari butiran makanan yang disajikan oleh mana-mana restoran yang diingini oleh pengguna.

Ciri-ciri seperti ini boleh digunakan terus melalui Google Lens, dan terdapat kebarangkalian besar ia akan diperkenalkan sewaktu acara Google I/O yang akan berlangsung pada bulan Mei kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZpAicb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.