Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laman YouTube Yang Memainkan Lagu Death Metal Yang Ditulis Kecerdasan Buatan Tanpa Henti Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laman YouTube Yang Memainkan Lagu Death Metal Yang Ditulis Kecerdasan Buatan Tanpa Henti Dilancarkan

Kecerdasan buatan, ataupun artificial intelligence mempunyai banyak kegunaan yang bermanfaat, ataupun sekurang-kurangnya menarik di pelbagai jenis industri. Akan tetapi, satu industri yang jarang kedengaran teknologi AI ini digunakan ialah didalam industri muzik.

Semua itu telah berubah baru-baru ini kerana sebuah laman YouTube yang menstrim lagu death metal yang ditulis oleh sebuah sistem kecerdasan buatan yang dinamakan DADABOTS telah dilancarkan.

Pencipta dibelakang sistem kecerdasan buatan kreatif ini adalah CJ Carr dan Zack Zukowski yang menggunakan rangkaian neural berulang (recurrent neural network) untuk mengolah muzik yang sedang dimainkan melalui laman YouTube tersebut.

Menurut mereka, lagu death metal yang mempunyai tempo yang pantas ini cukup sesuai untuk DADABOTS mengeluarkan output audio yang lebih konsisten berbanding dengan lagu-lagu yang lebih perlahan ataupun mempunyai tempo yang berterabur.

DADABOTS kini sedang menstrim lagu death metal tanpa henti di laman YouTube secara langsung selama hampir sebulan, dan buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah ia akan dihentikan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VgQ8GL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.