Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan UK Menambah Sokongan Pencarian 12000 Butiran Maklumat Mengenai Polisi Kerajaan Kepada Google Assistant Dan Alexa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan UK Menambah Sokongan Pencarian 12000 Butiran Maklumat Mengenai Polisi Kerajaan Kepada Google Assistant Dan Alexa

Teknologi pencarian maklumat kini membolehkan pengguna untuk mencari pelbagai jenis butiran dan maklumat melalui internet, akan tetapi, beberapa perkara, seperti mencari butiran agensi kerajaan, ataupun cara untuk melakukan tugas-tugas seperti melangsaikan cukai masih agak sukar.

Kerajaan UK boleh dikatakan diantara kerajaan yang pertama yang mempelopori gerakan memudahkan rakyat mereka untuk mencari maklumat mengenai agensi-agensi kerajaan dan juga cara-cara untuk melakukan pelbagai tugas yang melibatkan agensi-agensi tersebut.

Melalui perkhidmatan UK Government Digital Service, kerajaan UK telah menambakan sokongan butiran pencarian untuk 12000 butiran maklumat mengenai agensi kerajaan dan juga polisi-polisinya melalui Google Assistant dan juga Amazon Alexa.

Dengan kedua-dua pembantu maya ini, rakyat UK boleh mencari cara untuk memperbaharui passport, ataupun menanyakan bilakah cuti Bank Holiday yang seterusnya.

UK Government Digital Service mengatakan bahawa tugas mereka masih belum selesai, kerana mereka masih lagi menambahkan sokongan pencarian untuk pelbagai butiran yang lain seperti cara melangsaikan cukai dan lain-lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vh237y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.