Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Cip Snapdragon 735 Tertiris – Sebuah Lagi Cip Kelas Pertengahan Premium - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Cip Snapdragon 735 Tertiris – Sebuah Lagi Cip Kelas Pertengahan Premium

Awal bulan yang lalu cip Snapdragon 730 dan 730G telah diumumkan sebagai pemproses kelas pertengahan yang direka khas untuk permua. Kedua-dua cip ini menarik kerana mempunyai dua teras Cortex A76 yang berkuasa tinggi. Hari ini maklumat mengenai cip Snapdragon 735 pula tertiris dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Ia akan menggunakan konfigurasi 1+1+6 Teras dengan kombinasi satu teras 2.9 GHz Kryo 4XX (berasaskan Cortex A76), satu teras 2.4 GHz Kryo 4XX (berasaskan Cortex A76) dan enam teras 1.8 GHz Kryo 4XX (berasaskan Cortex A55). Cip GPU yang digunakan pula ialah Adreno 620 yang tidak pernah digunakan pada cip lain sebelum ini. Turut dapat dilihat ialah penggunaan modem 5G.

Dari spesifikasi ini jelas bahawa Snapdragon 735 ialah cip kelas pertengahan tinggi di antara Snapdragon 855 dan Snapdragon 730G. Ia mungkin ditawarkan kepada peranti jelas pertengahan yang akan menyokong rangkaian 5G kelak.

Sumber Suggestphones via GSMArena



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2XAoy4V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.