Cip Pemprosesan Intel Xeon Cascade Lake Diperkenalkan – Hadir Dengan 56 Teras Fizikal Dan 112 Bebenang Kuasa
Siri CPU Intel generasi kesembilan baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu, dan boleh dikatakan diantara cip-cip pemprosesan yang paling berkuasa setakat ini.
Walaupun begitu, Intel baru sahaja memperkenalkan CPU Intel Xeon terbaru mereka, yang diberikan nama Cascade Lake (Intel Xeon Platinum 9200), dan ia hadir dengan 56 teras fizikal dan 112 bebenang kuasa, dan dibina khusus untuk digunakan untuk penyelidikan kecerdasan buatan dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri untuk tujuan tersebut.
CPU Intel Xeon Cascade Lake ini hadir dengan rekaan Multi-Chip Module (MCM) yang menggabungkan dua cip 28-teras CPU Intel Skylake yang dibina menggunakan proses 14nm+, dimana setiap satu teras tersebut hadir dengan sokongan untuk enam saluran memori, dan ini membolehkan CPU ini menyokong sehingga 12 saluran memori.
Melalui CPU Xeon Cascade Lake ini, Intel turut memperkenalkan kemaskini fizikal yang mengurangkan risiko serangan melalui kerentanan Spectre dan Meltdown tanpa isu prestasi yang membelenggu banyak CPU lain yang hanya mendapat kemaskini perisian sahaja.
CPU ini dikatakan sudahpun dilancarkan, akan tetapi Intel masih belum memberi sebarang tanda harga untuk siri CPU ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TUoJWo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment