Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergi Negara Lain Okey Je. Brek Moto Lelaki Perancis Dicuri, Memalukan Malaysia Betul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergi Negara Lain Okey Je. Brek Moto Lelaki Perancis Dicuri, Memalukan Malaysia Betul

Pastinya ramai yang menyangka, idea mengelilingi dunia hanya boleh dicapai dengan menaiki kapal terbang sahaja. Namun, ramai yang telah membuktikan bahawa seseorang itu mampu mengelilingi dunia dengan menggunakan jalan darat atau jalan laut.

Tular baru-baru ini apabila seorang warga Perancis, Sylvain Ratichon Ract yang bercita-cita untuk mengelilingi dunia menggunakan motosikalnya, namun terpaksa ‘berehat’ ekoran angkup brek motosikalnya dicuri di Malaysia.

Baru saja sampai di Malaysia, angkup brek dicuri

Muat naik Sylvain telah tular melalui Facebook Penang Kini dan telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka dan dikongsi orang ramai.

Sylvain yang baru sahaja tamat mengelilingi Thailand, telah membuat keputusan untuk ke Pulau Pinang bagi memulakan pengembaraannya di Malaysia. “Sepanjang perjalanan, dia tidak menghadapi apa-apa masalah, sehinggalah dia tiba di Penang.”

Kos alat ganti bagi angkup brek yang dicuri melebih 4 ribu ringgit!

Oleh itu, Sylvain telah meminta bantuan melalui satu organisasi motosikal di Facebook, dia menceritakan kisah malangnya sambil meminta bantuan ahli kumpulan tersebut bagi mencari alat ganti motornya. Paling mengejutkan, alat gantian yang diperlukan memakan kos sebanyak 1,500 Australian Dollar (RM4351).

Netizen kesal dan marah dengan insiden yang berlaku ke atas Sylvain

Muat naik berkenaan kemudiannya disebarkan sehinggalah sampai ke Facebook Penang Kini. Ramai mula menyuarakan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan, namun pada masa yang sama mengutuk perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

Semua benda boleh kena rembat di Malaysia

Sehingga kini, Sylvain masih belum memuat naik perkembangan terkininya, rentetan daripada peristiwa tersebut.

Sumber: Facebook Penang Kini


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FMkqHB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.