Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Akan Melaksanakan Strategi Keselamatan Siber Negara Untuk Mengekang Serangan Digital Dari Luar Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Akan Melaksanakan Strategi Keselamatan Siber Negara Untuk Mengekang Serangan Digital Dari Luar Negara

Kebelakangan ini, serangan siber oleh para penggodam semakin meningkat di seluruh dunia. Daripada kecurian rahsia syarikat dan kerajaan kepada godaman sistem-sistem pangkalan data untuk mencuri butiran sulit pengguna.

Di persidangan Dewan Rakyat semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata bahawa Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan hadir dengan Strategi Keselamatan Siber Negara untuk mengekang isu penggodaman siber dari dalam dan luar negeri.

Strategi tersebut dijangka akan dibentangkan oleh NACSA pada pertengahan tahun ini, dan akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat-syarikat awam dan juga swasta.

Selain daripada mengurangkan risiko serangan godaman terhadap negara ini, strategi ini juga bertujuan untuk memberi agensi-agensi kerajaan seperti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) satu garis panduan untuk apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat agensi kerajaan ataupun syarikat-syarikat yang menghadapi isu godaman yang kritikal.

Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, kerajaan sudahpun mula mengambil langkah proaktif untuk melengkapkan ahli-ahli agensi seperti CNII dengan prosedur-prosedur sekuriti terbaru melalui program seperti Latih Amal Krisis Siber Negara (X-Maya) untuk menangani isu-isu sekuriti atas talian.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FZ7QpL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.