Imej Pengolokan Peranti Motorola Dengan Empat-Kamera Tertiris – Variasi Baharu?
Tidak banyak peranti yang mempunyai empat-kamera di belakang. Setakat yang berada di pasaran adalah Galaxy A9 dan yang bakal tiba adalah Huawei P30 Pro. Mungkin akan datang penggunaan empat-kamera pada sesebuah telefon pintar akan menjadi trend?
Terkini, imej pengolokan buat peranti misteri Motorola telah tertiris. Ia memperlihatkan penggunaan empat-kamera dan mempunyai rekaan yang berbeza dengan model-model peranti Motorola yang lain. Modul kamera pada peranti dilihat mempunyai bonjol terbesar setakat ini. Bahagian hadapan dilihat menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil dan mempunyai ‘dagu’ tebal dengan logo Motorola.
Tiada spesifikasi yang tertiris. Tetapi, mengikut trend kamera pada telefon pintar sekarang; peranti Motorola ini mungkin mempunyai lensa 48MP, lensa bokeh atau lensa ToF, lensa ultra-lebar dan mungkin lensa telefoto. USB Type-C mungkin akan digunakan pada peranti ini. Tidak pasti juga jika peranti ini adalah peranti mercu atau peranti kelas pertengahan, sama-sama kita nantikan kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YNRrMd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment