Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fail Google Docs Kini Boleh Dihasilkan & Disunting Melalui Perkhidmatan Dropbox - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fail Google Docs Kini Boleh Dihasilkan & Disunting Melalui Perkhidmatan Dropbox

Dropbox antara perkhidmatan storan awanan yang popular dalam membuat penyimpanan fail pengguna. Ia sering digunakan secara persendirian dan kolaborasi antara rakan sekerja kerana ia menawarkan sejumlah fungsi pejabat secara terbina. Pada hari ini, Dropbox telah mengumumkan fungsi suntingan Google Docs terus melalui perkhidmatan ini.

Fungsi penyuntingan dokumen sebenarnya telah pun sedia ditawarkan kepada semua pengguna Dropbox. Ia menggunakan perkhidmatan daripada Microsoft Office Online – merangkumi perisian atas talian Microsoft Office Word, Excel, dan PowerPoint. Pengguna boleh menyunting dan menghasilkan fail .docx, .pptx, dan .xlsx melalui kesemua perkhidmatan daripada Microsoft ini.

Namun dengan pengenalan Google Docs pada Dropbox, pengguna kini diberi pilihan sama ada untuk menyunting dan menghasilkan fail pejabat melalui Google Docs atau Microsoft Office Online. Kebolehan ini dapat memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan pilihan mereka, tanpa perlu keluar daripada halaman Dropbox.

Fungsi suntingan Google Docs pada Dropbox ini telah diperkenalkan terlebih dahulu kepada pengguna Dropbox Business bermula hari ini. Ia dijangka akan diperluaskan kepada pengguna lain dalam memudahkan pengguna membuat suntingan fail Google Docs secara pantas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2U3U8pD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.