Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Memperkenalkan ‘Cloud AI 100’ – Cip Yang Direka Untuk Melancarkan Tugasan Kecerdasan Buatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Memperkenalkan ‘Cloud AI 100’ – Cip Yang Direka Untuk Melancarkan Tugasan Kecerdasan Buatan

Qualcomm pada sebelum ini telah memperkenalkan sejumlah cip pemprosesan kelas pertengahan pada acara Qualcomm AI Day 2019. Bersama-sama dengannya, Qualcomm juga telah memperkenalkan perkakasan untuk kegunaan kecerdasan buatan (AI) – menerusi perkenalan Qualcomm Cloud AI 100.

Cip ini direka sebagai accelerator dalam membantu segala tugasan berkaitan dengan AI. Menurut Qualcomm, mereka membina perkakasan ini bagi meningkatkan proses AI pada CPU, GPU, atau FPGA yang giat digunakan pada pusat pengkalan data (data centre).

Dengan kehadiran Qualcomm Cloud AI 100 ini, ia membolehkan para pembangun memanfaatkannya dalam menghasilkan program atau solusi berasaskan AI yang lebih baik. Ia direka dengan binaan 7nm, sekaligus membolehkan tugasan AI dapat dijalankan dengan lebih pantas dan efisien.

Dengan penggunaan AI semakin berkembang dari hari ke hari, cip ini dijangka akan dimanfaatkan oleh banyak pengeluar peranti. Bagi anda yang ingin melihat potensinya, cip Qualcomm Cloud AI 100 ini bakal mula digunakan pada produk pengguna seawal pertengahan tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G0g5Ro

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.