Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi 8 Dan Mi MIX 3 Menerima Sokongan AOD Berwarna Dari Mi 9 Dalam MIUI Beta Terkini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi 8 Dan Mi MIX 3 Menerima Sokongan AOD Berwarna Dari Mi 9 Dalam MIUI Beta Terkini

Sejak Xiaomi Mi MIX 3, skrin AMOLED peranti Xioami dilihat mula bertambahbaik. Perkara ini diteruskan pada Xiaomi Mi 9 dan Mi 9 juga merupakan peranti Xiaomi pertama yang menerima sokongan Always-On Display berwarna. Kini dalam MIUI beta, Always-On Display Mi 9 hadir pada Xiaomi Mi 8, Mi 8 SE dan juga Mi MIX 3.

Dalam kemaskini ini juga, Xiaomi turut membaiki masalah jam pada Always-On Display tidak sekata selepas skrin dinyahkunci. Selain itu, Xiaomi turut membenarkan pengguna memilih sama ada untuk terus pergi ke laman utama atau tatal untuk nyahkunci peranti – jika pengguna menggunakan nyahkunci berasaskan wajah. Always-On Display terbaru MIUI ini buat masa ini hanya mempunyai fungsi asas seperti jam, tarikh dan notifikasi sahaja. Tiada fungsi tambahan seakan Always-On Display pada Samsung.

Always-On Display ini hadir dalam MIUI beta untuk versi China terlebih dahulu. Kelak, ia turut akan hadir dalam MIUI beta global sebelum ia sedia untuk OTA versi stabil.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UrdlGx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.