YouTube Juga Sedang Membangunkan Kandungan Interaktif Seperti Netflix
Kandungan Interaktif telah dipopularkan semula oleh Netflix menerusi filem Black Mirror Bandersnatch tahun lalu. Ia adalah percubaan pertama yang benar-benar mendapat perhatian kerana sebelum ini mereka menghasilkan rancangan interaktif hanya untuk kanak-kanak. Menurut laporan Bloomberg, YouTube juga sedang membangunkan kandungan interaktif mereka sendiri.
Pengenalan kandungan interaktif di YouTube akan memberikan persaingan kepada Netflix. Pada waktu yang sama boleh menjana keuntungan pengiklanan yang tinggi. Ini adalah strategi baharu selepas mengurangkan jumlah kandungan asli sendiri yang ditawarkan menerusi YouTube Originals. Rancangan-rancangan baharu di bawah YouTube Originals ini akan diumumkan di dalam acara khas bulan hadapan di New York.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2U8FWf0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment