Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Search Kini Menyokong Arahan Carian Yang Lebih Tepat Berdasarkan Tarikh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Search Kini Menyokong Arahan Carian Yang Lebih Tepat Berdasarkan Tarikh

“Sila pergi Google” ialah ayat yang kerap kami dengari dan sendiri gunakan di pejabat kerana Google adalah enjin carian nombor satu dunia. Tetapi kerana wujudnya jutaan laman di atas talian, proses mencari maklumat yang paling tepat dan terkini kadang kala menjadi agak leceh. Bagi memudahkan lagi carian yang lebih tepat, Google kini menyokong arahan carian yang lebih tepat berdasarkan tarikh terus dari kotak carian.

Pengguna hanya perlu menambah perkataan “before” dan “after” di belakang maklumat yang ingin dicari bersama dengan tarikh mengikut format tahun, bulan dan hari. Sebagai contoh anda mungkin ingin mencari maklumat mengenai Upin Dan Ipin di antara Jun 2018 dan Ogos 2018. Pada kotak carian taip “Upin dan Ipin after:1/6/2018 before 1/8/2018”. Pengguna boleh menggunakan “/” atau “-” di antara tarikh untuk melakukan carian.

Dengan fungsi baru ini, seorang power user boleh melakukan carian yang paling tepat tanpa perlu mengakses tab “tools” yang turut membolehkan mereka mencari berdasarkan julat tarikh. Proses mencari menjadi lebih pantas kerana tiada keperluan melalui beberapa skrin tetapan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2P3MXgk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.