Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mimos Dan Microsoft Membentuk Pusat Kecerdasan Buatan Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mimos Dan Microsoft Membentuk Pusat Kecerdasan Buatan Di Malaysia

Sebelum ini, kami ada memaparkan artikel berkenaan Kerjasama MIMOS dan Microsoft dalam penubuhan awal industri teknologi malaysia. Kini, MIMOS bersama Microsoft turut meneruskan usahasama mereka dengan menubuhkan pusat kecerdasan buatan terapan di Malaysia yang dinamakan sebagai Pusat Kecerdasan Buatan untuk Industri Masa Depan (CAIFI).

Melalui kerjasama ini ia secara terus dapat mempercepatkan peralihan negara ke teknologi awanan, seiring dengan Dasar Kebangsaan Industri 4.0.

Perkongsian ini telah diumumkan oleh YB Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia yang hadir semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Microsoft di Redmond, Amerika Syarikat. Beliau menyifatkan dengan adanya sebegini mereka dapat membuka peluang. Sekaligus, mengadptasi teknologi moden ini ke dalam pelan digital dan ekosistem negara pada industri negara.

Turut difahamkan pusat ini akan dilengkapi dengan program seperti peranti berhubung dan kecerdasan buatan Microsoft. Di mana ia menyediakan akses kepada alat pembangunan untuk tujuan pembelajaran. Kesemua bengkel dan makmal mengenai kecerdasan buatan dan peranti berhubung akan dijalankan untuk membantu usahawan. Inisiatif ini termasuklah dengan melatih komuniti perusahaan kecil sederhana (PKS) dan graduan dari industri kewangan, pembuatan.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran dan pembangunan pelbagai idea baru di pusat ini dalam bulan-bulan akan datang – sekaligus turut memacu arena kecerdasan buatan di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2G8v394

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.