Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRODUK BAYI YOUNG LIVING BEBAS KANDUNGAN SLS, PARABEN & PEWANGI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRODUK BAYI YOUNG LIVING BEBAS KANDUNGAN SLS, PARABEN & PEWANGI

PRODUK BAYI YOUNG LIVING BEBAS KANDUNGAN SLS, PARABEN & PEWANGI. Bukan lagi rahsia bagi mereka yang mengikuti saya di Facebook. Selain kes saman antara saya & founder tati tu.. Ni kes antara saya dengan orang dalam perut. Macam hangpa dok baca kat facebook kadang kadang kadang saya ada update tentang kehamilan kedua yang sebenarnya tidak di rancang pun. Tapi tu la.. Allah tu lebih tahu bila masa yang sesuai & tepat nak bagi rezeki kita zuriat kan? Mula mula memang terkejut sebab yelah.. masih struggle nak habiskan kes saman. Even keputusan dah keluar pun masih ada lagi prosiding yang perlu di buat & masa ada kos guaman yang perlu di bayar. Memang mula mula rasa tak bersedia untuk anak kedua ni.. tapi bila mula rasa kehadirannya dalam rahim.. Allahu.. Indahnya ya Allah.


Bila jarak kehamilan jauh ni.. Pepaham je la kan. Banyak benda nak kena prepare balik. Nak nak lagi anak pertama & bakal yang kedua ni tak sama jantina. Of course la baju bajan semua kena beli baru.. Ada sepasang dua yang unisex tu boleh la recycle semula. Di sebabkan tak pernah plan untuk yang kedua.. Banyak barang barang baby dah tak ada termasuk la stroller. Suami saya dah bagi kat adik dia. Memang tak ada rezeki la si adik nak guna stroller kakak. Tapi yang tu tak termasuk dalam list sebab saya terpaksa cut bajet untuk sediakan dana nak bayar kos guaman.

Tapi barang barang keperluan lain Insya Allah sampai peringkat ni dah ada. Termasuk produk penjagaan diri & mandian bayi. Tu la untung bila mak kau blogger nak Ooi.. Produk pulak bukan produk biasa biasa katanya. Young Living tu.. dimana Young living ni terkenal dengan Essential Oil (Minyak Aroma Terapi berasaskan tumbuh tumbuhan).

Jangan tak tau Young living ni pun ada produk penjagaan bayi juga.. Antaranya

Baby Wipes 

Zaman sekarang antara yang keperluan yang perlu ada untuk menyambut kelahiran cahaya mata. Sebab majoriti akan guna Tisu lembab ni untuk memudahkan membersih najis atau kotoran pada baby. Bukan apa.. Dalam pantang ni pergerakkan terbatas kan? So dengan penggunaan Tisu lembab ni membantu ibu ibu dalam pantang berehat. Senang nak bersihkan baby tanpa perlu bergerak ke bilik air atau sinki. Kita sedia maklum bayi baru lahir ni kerap kencing & berak kan. So penggunaan Tisu lembab @ Baby Wipes ni sangat membantu. Jadi Young Living juga ada mengeluarkan produk Baby Wipes.

Yang istimewanya Baby Wipes dari young living ni adalah ;
Seedlings Baby Wipes menggunakan formula ringan dan minyak pati tulen untuk pembersihan yang lembut dan bau yang menenangkan. Diperbuat daripada bahan yang tahan lasak tetapi lembut, kain lap ini membersihkan dengan sempurna dan juga membuatkan kulit menjadi segar dan halus. Yang penting bau aroma terapi yang ada pada Baby Wipes ni memang secara tak langsung membantu baby lebih tenang.


Kandung Bahan :
Water, Glycerin, Phenethyl alcohol, Pyrus malus (Apple) fruit extract, Sapindus mukorossi (Soapberry) fruit extract, Lavandula angustifolia (Lavender) oil, Calendula officinalis (Marigold) flower extract, Hamamelis virginiana (Witch hazel) leaf extract, Caprylic/capric triglyceride, Coriandrum sativum (Coriander) seed oil, Aloe barbadensis (Aloe vera) leaf juice, Citrus aurantium bergamia (Bergamot) peel oil (Furocoumarin-free), Cananga odorata (Ylang ylang) flower oil, Pelargonium graveolens (Geranium) flower oil, 100% pure, therapeutic-grade essential oil

Baby Wash & Shampoo

Yang ni memang sebagai manusia tak kira baby ke orang dewasa ke memang perlukan untuk membersihkan badan & kepala. Cuma produk untuk orang dewasa memang tak sesuai la untuk kulit bayi yang masih lembut & sensitif. Jangan hangpa dok bantai sabun 'luck' pulak kat baby hangpa. Satgi jadi ruam ke, keradangan ke apa pun susah. Sebab tu perlukan produk mandian yang memang khas untuk bayi terutama yang baru lahir ni.

Untuk produk baby wash & Shampoo Young living untuk baby ni keistimewaannya adalah ;
membersihkan secara lembut kulit dan rambut bayi anda, menjadikannya lembut, halus, dan ringan dengan aroma minyak pati tulen. Formula bebas-sulfate, tidak mengeringkan dan ia juga tidak memedihkan mata dan sesuai bayi & kanak kanak. Untuk kanak kanak mereka boleh bermain sambil mandi baru la anak anak enjoy nak mandi kan?


Kandungan Bahan : 
Water, Sodium laurylglucosides hydroxypropylsulfonate, Glycerin, Decyl glucoside, Glyceryl caprylate, Xanthan gum, Sodium chloride, Sodium levulinate, Glyceryl undecylenate, Lavandula angustifolia (Lavender) oil, Calendula officinalis (Marigold ) flower extract, Caprylic/capric triglyceride, Coriandrum sativum (Coriander) seed oil, Euphrasia officinalis (Eyebright) extract, Citrus aurantium bergamia (Bergamot) peel oil (Furocoumarin-free), Citric acid, Cananga odorata (Ylang ylang) flower oil, Pelargonium graveolens (Geranium) flower oil 100% pure, therapeutic-grade essential oil.

Baby Oil

Yang ni bukan je untuk rambut malah boleh di sapu pada kulit. So tak perlu lotion baby dah. Penting juga tau Baby Oil ni untuk penjagaan kulit bayi dari seawal usia. Memang kat pasaran ada pelbagai jenama produk Baby Oil ni tapi produk Young Living ni adal keistimewaan dia yang tersendiri iatu :

Diformulakan khusus untuk bayi, Seedlings Baby Oil melembapkan, melegakan dan menyuburkan kulit halus dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan minyak-minyak pati. Gunakan sepanjang hari atau sebagai sebahagian daripada rutin waktu malam untuk menggalakkan tidur malam yang tenang dengan aroma yang damai dan santai.


Kandungan Bahan : 
Caprylic/capric triglyceride, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Carthamus tinctorius (Safflower) seed oil, Opuntia ficus-indica (Prickly pear) seed oil, Mixed tocopherols, Lavandula angustifolia (Lavender) oil, Coriandrum sativum (Coriander) seed oil, Citrus aurantium bergamia (Bergamot) peel oil (Furocoumarin-free), Cananga odorata (Ylang ylang) flower oil, Pelargonium graveolens (Geranium) flower oil, 100% pure, therapeutic-grade essential oil

Kenapa produk penjagaan bayi Young Lving jadi special? Salah satu sebab ada minyak aroma terapi berasaskan tumbuh tumbuhan (Essential Oil) yang khasiatnya dapat membantu bayi kita lebih tenang dengan bau bauan & selain tu tidak merbahaya kalau di gunakan secara betul. Produk penjagaan diri ni di gunakan di luar kulit bagi tujuan membersih & menjaga kulit @ rambut sahaja yer. Jangan pepandai nak upgrade fungsinya ikut logik akal sendiri pulak. Guna seperti yang di cadangkan untuk memastikan tidak mendatangkan kemudaratan. Jika ada kesan sampingan.. Sila berhenti menggunakan serta merta & dapatkan rawatan & nasihat doktor di klinik atau Hospital yer. Bukan kata produk Young Living tak selamat di gunakan cuma kalau ada tindakbalas yang tak baik so kita pesan siap siap la yer. Dia macam pesanan khidmat masyarakat je. hehehehe.

Lagi satu Produk mandian bayi Young Living ni tiada kandungan Sodium lauryl sulfate (SLS), pewangi & paraben. Ciri ciri produk ada SLS ni berbuih meriah. Memang best mandikan baby dengan produk mandian yang berbuih. Nampak comel jer kan tapi sebenarnya kandungan SLS dalam produk bayi ni tak baik untuk kulit bayi. Boleh menyebabkan kekeringan & keradangan pada kulit bayi yang sangat sensitif. Ini kerana kulit kanak-kanak dan bayi agak sensitif kerana 30 peratus lebih nipis berbanding kulit orang dewasa Jadi sangat penting memilih produkbayi & kanak kanak yang tiada kandungan pewangi & paraben kerana mungkin boleh menyebabkan kulit anak anda jadi ruam, iritasi & ezcema. Kalau anak anda ada ezcema lagi la tidak di galakkan menggunakan produk yang ada kandungan bahan tersebut. Jadi kalau tak tahu nak pilih produk mana untuk anak anda oleh try produk young living ni yer.

Sebagai seorang ibu yang kali kedua bakal menyambut kelahiran cahaya mata ni saya memang lebih alert tentang pemilihan produk penjagaan kulit & mandian baby ni. Sebab anak pertama dulu guna produk yang biasa di jual kat luar yang wangi macam perfume tu.. Kulit anak saya jadi ruam. Mungkin alergik dengan produk yang ada perfume. Wangi tu memang la wangi.. Tapi tak semua bayi boleh terima produk wangi wangi ni. Yang kedua ni.. Saya Insya Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk bayi yang baru lahir.

Pada anda yang rasa nak try produk penjagaan kulit & mandian bayi dari Young Living boleh dapatkan melalui pengedar sah Young Living. Yang saya rekemen adalah Puan Shareena sebab saya dah biasa berurusan beli produk Young living dengan dia. Sebelum ni saya gunakan Essential Oil Blend untuk anak pertama saya yang ada mild autisme sebagai terapi aroma untuk bantu masalah kurang focus dia. Memang totally Puan Shareena ni Trusted Agent Young Living.. Anda bayar dia hantar barang hehehe.. Boleh hubungi beliau melalui contact number dia bawah yer..

 Puan Shareena 
 ☏call/whatsapp: 013 3993407 
 ✎facebook: shareena shaifudeen 


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IoEDWX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.