Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Mengesahkan Akan Melancarkan Produk 7nm Baru Pada Suku Ketiga Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Mengesahkan Akan Melancarkan Produk 7nm Baru Pada Suku Ketiga Tahun Ini

AMD bakal memperkenalkan beberapa siri terbaru didalam portfolio CPU dan kad grafik mereka tidak lama lagi, dan walaupun banyak butiran tidak diketahui lagi, nampaknya kita kini dapat mengagak bilakah komponen-komponen tersebut akan dilancarkan.

Melalui slaid yang ditunjukkan di mesyuarat pemegang saham AMD, syarikat tersebut nampaknya bakal melancarkan sekurang-kurangnya tiga produk pada suku ketiga 2019 kelak.

Ini termasuklah CPU AMD Ryzen generasi ketiga yang menggunakan cip pemprosesan Zen 2 yang dibina menggunakan proses 7nm dan dikatakan akan hadir dengan sebanyak 16 teras. CPU untuk pusat data, AMD EPYC juga menggunakan Zen 2, dan akan hadir dengan sebanyak 64 teras fizikal.

Kad grafik dari siri Radeon yang menggunakan cip 7nm Navi turut akan diperkenalkan di acara COMPUTEX, dan berdasarkan slaid yang sama, juga akan dilancarkan pada suku ketiga 2019, mungkin sama saing dengan CPU AMD Ryzen dan juga EPYC.

Anehnya, CPU siri HEDT (High End Desktop) AMD yang dinamakan Threadripper tidak disebut didalam slaid tersebut. Terdapat kebarangkalian bahawa AMD sedang menyimpan siri CPU tersebut untuk pelancaran akan datang, tetapi buat masa ini tidak ada sebarang butiran yang dapat dilihat mengenai CPU tersebut.

Sama-sama kita nantikan pelancaran besar oleh AMD di acara COMPUTEX Taipei tidak lama lagi, dimana CEOnya, Dr. Lisa Su akan hadir dengan ucaptama beliau.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JKO6bY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.