Hi! Welcome Back and Stay Tune! JAXA Dan Universiti Tokyo Bekerjasama Untuk Melancarkan Model Gundam Dari Angkasa Lepas Bersempena Sukan Olimpik 2020 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JAXA Dan Universiti Tokyo Bekerjasama Untuk Melancarkan Model Gundam Dari Angkasa Lepas Bersempena Sukan Olimpik 2020

Mobile Suit Gundam ialah siri anime yang cukup popular diseluruh dunia, dan nampaknya, terdapat beberapa pihak yang ingin menggunakan model-model Gundam sebagai sebuah gimik menarik untuk acara sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo pada tahun hadapan,

JAXA, ataupun Japan Aerospace Exploration Agency, bersama-sama dengan Tokyo University akan bekerjasama untuk melancarkan dua model Gundam dari angkasa lepas sebagai simbol kemajuan manusia didalam misi mengeksplorasi angkasa lepas.

Dua model dari siri Gundam yang dipilih untuk misi ini ialah Gundam RX78-II dan MS06S-Zaku, yang boleh dikatakan dua daripada model mecha yang paling ikonik didalam siri tersebut. Kedua-dua model ini, yang mempunyai ketinggian 10cm akan dibina dengan bahan dan cat khas yang mampu bertahan di angkasa lepas.

Kedua-dua model ini juga akan dilengkapi dengan mata LED yang akan berubah warna mengikut warna bulatan logo Olimpik dan juga kamera yang akan merakam pergerakan orbit model-model tersebut.

Dalam pada itu, model-model ini akan dirumahkan didalam kapsul yang dinamakan G-Satellite yang juga akan hadir dengan papan buletin elektronik yang boleh digunakan untuk memaparkan mesej kepada atlit-atlit sewaktu acara sukan tersebut dari angkasa lepas.

Modul G-Satellite tersebut akan dihantar ke International Space Station (ISS) pada bulan Mac kelak, dimana ia kemudiannya akan dilancarkan  ke angkasa lepas melalui module JEM (Japanese Experiment Module).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q58BRH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.