Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Melancarkan Galaxy Fit e – Pesaing Kepada Mi Band - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Melancarkan Galaxy Fit e – Pesaing Kepada Mi Band

Mi Band adalah gelang tangan pintar dengan fungsi penjejak kesihatan. Ia juga adalah antara yang popular, kerana harga yang ditawarkan murah dan mempunyai banyak ciri/fungsi hebat dalam sebuah gelang kecil. Semalam kita sudah lihat informasi Mi band 4 tertiris, yang mana akan menggunakan skrin OLED berwarna.

Terkini, Samsung secara senyap telah melancarkan pesaing kepada Mi Band. Penjejak kesihatan Samsung ini adalah Galaxy Fit e, dengan nama ‘e’ itu kita sudah tahu yang ianya adalah asas/permulaan seperti Galaxy Tab S5e/Galaxy S10e. Secara keseluruhan, fungsi Galaxy Fit e ini adalah sangat mirip dengan Mi Band. Ia boleh mengimbas nadi, memberi notifikasi, menjejak kualiti tidur dan banyak lagi.

Spesifikasi Galaxy Fit e tidak kurang hebatnya. Skrin 0.74-inci PMOLED mono, Bluetooth 5.0, ketahanan kalis air 5 ATM dan menjalankan sistem operasi FreeRTOS. Bateri pula hanya 70mAh dengan ketahanan selama 6-7 tujuh hari atau 13 hari mengikut cara penggunaan.

Samsung Galaxy Fit e dijual pada harga 39, iaitu sekitar RM182. Harga ini agak mahal jika dibandingkan dengan Xiaomi Mi Band yang mempunyai jangka hayat bateri mencapai dua kali ganda dari apa yang Samsung tawarkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JoaVTb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.