Lima Syarikat Teknologi Menandatangani Christchurch Call To Action Untuk Mengekang Penyebaran Keganasan Melalui Platform Atas Talian
Selepas serangan pengganas keatas masjid di Christchurch, kerajaan berbagai negara telah bersatu dan hadir dengan sebuah perjanjian yang bernama Christchurch Call To Action untuk mengekang penyebaran aktiviti berunsur keganasan di atas talian.
Terkini, lima syarikat dengan platform digital terbesar di dunia, termasuk Amazon, Google, Facebook, Microsoft dan Twitter baru sahaja menandatangani perjanjian yang sama, dan bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk memperkenalkan beberapa langkah untuk memastikan platform-platform mereka tidak digunakan untuk menyebar keganasan.
Facebook sendiri akan memperkenalkan lima langkah baru untuk memastikan platform mereka bebas daripada anasir pengganas, manakala kesemua syarikat-syarikat teknologi yang menandatangani perjanjian tersebut akan bekerjasama supaya internet secara amnya bebas daripada kandungan-kandungan tersebut juga.
- Terma penggunaan – Facebook akan mengemaskini terma penggunaannya secara proaktif dalam memastikan kandungan berunsur keganasan adalah dilarang sama sekali didalam laman Facebook, dan akan dibuang serta-merta apabila ditemui.
- Laporan pengguna – Ciri laporan akan direka semual untuk memastikan bahawa pengguna boleh melaporkan kandungan-kandungan yang melanggar peraturan dan terma pengguna Facebook.
- Pelaburan dalam teknologi – Facebook akan melaburkan wang didalam teknologi-teknologi baru seperti pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang akan membantu mereka mencari kandungan berunsur keganasan dengan lebih pantas.
- Penstriman secara langsung – Facebook baru sahaja mengemaskini terma penggunaan ciri Facebook Live mereka, dimana pengguna yang didapati melanggar panduan komuniti mereka akan dilarang daripada menggunakan ciri tersebut selama 30 hari.
- Laporan yang telus – Facebook akan mengeluarkan laporan mengenai pengesanan dan pembuangan kandungan mengenai keganasan secara kerap.
Dalam pada itu kelima-lima syarikat yang menandatangani perjanjian Christchurch Call To Action juga hadir dengan kerjasama mereka sendiri.
- Perkongsian teknologi – Kesemua syarikat-syarikat ini akan bekerjasama dengan pihak kerajaan dan NGO untuk berkongsi maklumat mengenai cara untuk membasmi kandungan keganasan atas talian, dan juga teknologi yang digunakan untuk melakukannya.
- Protokol krisis – Memperkenalkan protokol yang mudah diikuti apabila berlakunya kejadian keganasan.
- Pendidikan – Mendidik NGO dan institusi-institusi pendidikan mengenai kandungan pengganas di platform atas talian.
Perjanjian Christchurch Call To Action ini diharap bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kes-kes seperti penembakan masjid Christchurch, tetapi mendidik orang ramai betapa pentingnya kandungan-kandungan mengenai keganasan dikurangkan supaya golongan-golongan tersebut boleh dinyah-platformkan dan mengurangkan capaian digital mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vu8LTE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment