Pengasas Telegram Mendakwa WhatsApp Selama-Lamanya Tidak Akan Selamat Digunakan
Dua aplikasi pemesejan yang popular untuk telefon pintar ialah WhatsApp dan Telegram. Minggu ini WhatsApp sekali mempunyai masalah kerentanan serius yang mengakibatkan aplikasi intipan hasad dipasang tanpa disedari oleh pengguna. Hari ini pengasas Telegram Pavel Durov telah menerbitkan sebuah artikel panjang yang mendakwa WhatsApp selama-lamanya tidak akan selamat digunakan.
Menurut Durov sejak beroperasi enam tahun yang lalu, Telegram tidak pernah mengalami masalah kerentanan sekuriti dan data pengguna yang serius. Beliau berkata ini adalah kerana Telegram menggunakan kod sumber terbuka yang membenarkan penyelidik sekuriti mencari sebarang kerentanan yang wujud. WhatsApp pula merahsiakan kod sumber mereka yang dipercayai mempunyai pintu belakang yang membolehkan ia diintip oleh pihak berkuasa seperti FBI.
Durov turut mendakwa semasa Telegram beroperasi selama seminggu di A.S, mereka menjejak tiga percubaan untuk menceroboh dilakukan oleh pihak FBI. Tambah beliau lagi Telegram diharamkan di Rusia dan Iran kerana ia tidak membenarkan perbualan pengguna diintip oleh pihak berkuasa.
Tidak dapat dinafikan WhatsApp ialah aplikasi yang sudah beberapa kali mengalami masalah sekuriti yang serius. Tetapi kerana ia digunakan oleh ramai teman-teman serta saudara adalah sukar untuk berhenti menggunakannya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YuMOG3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment