Hi! Welcome Back and Stay Tune! Butiran Peribadi Pengguna Instagram Tertiris Melalui Kod Sumber Laman Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Butiran Peribadi Pengguna Instagram Tertiris Melalui Kod Sumber Laman Web

Ketirisan data dan perkhidmatan Facebook berpisah tiada. Sewaktu Facebook dan WhatsApp mengalami isu keselamatan dan ketirisan data, nampaknya Instagram turut menghadapi masalah yang sama.

Beberapa pakar sekuriti telah menemui satu isu dimana butiran peribadi pengguna Instagram boleh dilihat melalui kod sumber apabila profil pengguna diakses melalui pelayar web.

Diantara butiran yang dapat dilihat melalui kod sumber tersebut termasuklah alamat emel dan nombor telefon yang tidak dilihat pada profil secara terbuka. Tirisan ini juga diketahui apabila sebuah syarikat dari India didapati menyimpan butiran alamat emel dan nombor telefon beberapa juta pengguna Instagram diseluruh dunia.

Dengan sedikit penyelidikan, ia juga didapati bahawa ketirisan maklumat ini berlaku sejak Oktober tahun lepas, dan selepas Instagram diberitahu mengenainya, ia telah diperbetulkan pada bulan Mac.

Instagram juga sedang menyiasat syarikat tersebut kerana mereka disyaki mendapatkan maklumat tersebut menggunakan cara-cara yang salah.

Kini, Instagram memberi pilihan kepada pengguna mereka untuk meletakkan butiran-butiran tersebut pada profil pengguna terus, dan telahpun membuangkan data tersebut daripada kod sumber jika mereka tidak ingin mendedahkannya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2MiF6hd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.