Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Lens Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu Dan Hadir Dengan Dua Kategori Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Lens Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu Dan Hadir Dengan Dua Kategori Baharu

Google Lens adalah satu fungsi yang kebanyakannya terbina secara terus dalam aplikasi kamera telefon pintar. Tetapi Google Lens turut mempunyai aplikasi mandiri, ia mampu mengesan, mengenalpasti atau mencari sesuatu melalui hanya melalui gambar sahaja.

Terkini, Google Lens telah dikemaskini dengan antaramuka baharu. Ia kini lebih kemas dan lebih mudah digunakan. Di bahagian bawah terdapat lima kategori pilihan untuk dipilih melalui tatalan dan dua daripada lima pilihan ini adalah Shopping dan Dining. Fungsi Shopping boleh mengimbas bar kod dan boleh terus beli di atas talian. Manakala, Dining pula boleh mengimbas gambar makanan pada menu di sesebuah restoran untuk lihat pendapat pengguna lain dan kemudiannya ia turut boleh paparkan alat untuk membahagikan bil.

Fungsi lain-lain adalah sama dengan sebelum ini, cuma ia kini lebih mudah untuk diakses dan lebih jelas fungsinya. Menurut sumber, Google Lens baharu ini buat masa ini hanya terdapat pada Pixel dan Samsung sahaja. Peranti lain mungkin akan hadir dalam masa terdekat, kerana Google Lens ini adalah satu fungsi yang menarik dan memudahkan seseorang.

Muat Turun Google Lens Di Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2M0s6fH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.