Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Fold Edisi Game of Thrones Boleh Dimiliki Pada Harga Mencecah RM 34,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Fold Edisi Game of Thrones Boleh Dimiliki Pada Harga Mencecah RM 34,000

Siri TV epik Game of Thrones menamatkan siarannya pada Isnin lalu. Siri fantasi ini memegang rekod sebagai rancangan yang paling banyak dicetak rompak dan antara yang paling mahal. Bagi peminat GoT yang masih belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal ke dunia Westeros, Samsung Galaxy Fold edisi Game of Thrones telah diumumkan.

Ia dihasilkan oleh firma Caviar dan hadir dengan pelbagai kemasan tambahan yang diperbuat daripada emas. Pada bahagian luar terdapat ukiran naga dan juga panel yang diperbuat daripada kulit. Jata keluarga Lannisters, Stark, Baratheon, Targaryen, Tully dan Greyjoy turut menghiasi panel belakang peranti. Turut disertakan ialah peta lengkap benua Westeros yang diukir pada permukaan kulit.

Samsung Galaxy Fold edisi Game fo Thrones ini dijual pada harga $8200 (~RM 34,383) sebuah. Ia walau bagaimanapun hanya akan dihasilkan sejurus selepas Galaxy Fold dilancarkan semula. Pelancaran peranti ditangguhkan oleh Samsung kerana masalah pada skrin yang boleh dilipat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WogzLa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.