Hi! Welcome Back and Stay Tune! DJI Memperkenalkan AirSense Yang Mengesan Kehadiran Kapal Terbang Bagi Mengelakkan Pelanggaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DJI Memperkenalkan AirSense Yang Mengesan Kehadiran Kapal Terbang Bagi Mengelakkan Pelanggaran

Menerbangkan dron di dalam ruang udara berhampiran lapangan terbang adalah dilarang sama sekali. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran dron dengan pesawat. DJI hari ini mengumumkan sistem baharu AirSense yang boleh memberikan amaran sekiranya terdapat pesawat berhampiran.

AirSense bergantung kepada teknologi ADS–B yang digunakan pada pesawat. ADS–B memancarkan lokasi pesawat sepanjang masa ke menari penerima seperti yang boleh ditemui di lapangan terbang bagi membolehkan pesawat dijejak menara kawalan udara. AirSense mengesan isyarat ADS-B dari pesawat yang terletak berbatu jauhnya.

Jika AirSense mendapati dron mungkin berlanggar dengan pesawat, amaran akan dipaparkan pada alat kawalan jauh pemilik dron. Mereka kemudian boleh menerbangkan dron ke kawasan yang lebih selamat.

AirSense akan diperkenalkan pada dron DJI yang mempunyai berat melebihi 250 gram bermula Januari 2020. Dron di bawah keluarga Phantom dan Mavic adalah antara yang akan menerimanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YNgqib

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.