Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Permua Snap Games Yang Terbina Pada Snapchat Kini Boleh Dimainkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Permua Snap Games Yang Terbina Pada Snapchat Kini Boleh Dimainkan

Bulan lepas, Snap telah memperkenalkan platform permainan mereka tersendiri Snap Games. Permainan ini membolehkan para pengguna untuk bermain secara masa-nyata bersama rakan-rakan anda yang lain, dan bersaing dalam mendapatkan markah paling tinggi. Apa yang menarik, pengguna tidak perlu memuat turun secara asing, kerana ia terbina dalam aplikasi Snapchat.

Semasa pengumuman dibuat, enam permua telah diumumkan dan kesemua permua ini adalah hasil kerjasama dengan pembangun-pembangun luar seperti Zynga dan juga ZeptoLabs. Terkini, tiga permua Snap Games yang terbina dalam Snapchat boleh dimainkan. Permua-permua tersebut adalah; Snake Squad (variasi permainan Snake popular), Zombie Rescue Squad (permainan tembak-menembak mayat hidup) dan Bitmoji Party (banyak permainan mini yang dikawal oleh seorang dan tujuh orang jadi mangsa).

Permua-permua ini boleh dimainkan dalam Snapchat versi 10.57.0.0. Atas percubaan saya, permua Zombie Rescue Squad tidak terpapar, Ini berkemungkinan beberapa permua akan diterima melalui kemaksini dari bahagian pelayan. Jika anda mempunyai ramai teman aktif di Snapchat, jemput mereka untuk bermain bersama-sama dan luangkan masa bersama. Jika tidak, anda akan bermain dengan pengguna-pengguna Snapchat dari luar negara.

Muat Turun Snapchat Di Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HMu12o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.