Google Mengatakan Digital Wellbeing Tidak Memperlahankan Peranti Pixel
Dua minggu lepas, tular di arena web yang prestasi Pixel 3 mengecewakan kerana Digital Wellbeing diaktifkan. Menurut pengguna yang menemui ‘punca’ ini, dengan mematikan Digital Wellbeing secara tidak langsung peranti Pixel menjadi pantas dan lancar. Ada juga pengguna yang mencadangkan untuk mematikan Adaptive Battery, kerana ia juga adalah satu sebab peranti Pixel perlahan.
Di Reddit baru-baru ini Google telah mengeluarkan maklum balas mereka. Mengejutkan, menurut Google selepas ujian dalaman dilakukan dan menganalisa laporan yang diterima – mematikan Digital Wellbeing tiada kaitan dengan prestasi Pixel yang bermasalah. Akan tetapi semasa ujian ini dilakukan, Google telah temui pepijat lain menyebabkan prestasi Pixel mengecewakan.
Jadi di sini, jika anda gemar menggunakan Digital Wellbeing atau fungsi pembelajaran mesin lain – itu tidak menjadi masalah dan gunakan sahaja seperti biasa. Nantikan sahaja kemaskini yang menambahbaik prestasi Pixel akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Kah0m4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment