Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsep Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Dengan Posisi Kamera Baharu Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsep Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Dengan Posisi Kamera Baharu Diperlihatkan

Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note mempunyai dua perbezaan yang paling jelas, iaitu saiz skrin dan kehadiran S-Pen. Kemudian, bertahun lamanya siri Samsung Galaxy Note hanya mempunyai satu model – untuk Note 10 kelak ia mungkin akan hadir dengan beberapa model berbeza. Rekaan juga dikatakan adalah lebih berbeza dengan Galaxy Note lain, contohnya menurut laporan – Note 10 akan menggunakan rekaan kamera menegak.

Terkini, imej yang dikatakan adalah modul kamera buat Samsung Galaxy Note 10 telah tertiris. Berdasarkan modul yang tertiris dan informasi yang diperoleh sejak kebelakangan ini, Phone Arena telah cuba menghasilkan imej pengolokan untuk Galaxy Note 10. Rekaan ini adalah mirip dengan siri Galaxy A yang ‘murah’ dan kelihatan amat janggal dan berani saya katakan hodoh. Ia tidak kelihatan seakan sebuah peranti mercu. Jika dibandingkan pula dengan pesaing, rekaan ini adalah seperti Huawei P30.

Ada kemungkinan besar yang Galaxy Note 10 tidak lagi akan sertakan sensor mengimbas nadi, tetapi digantikan dengan sensor ToF (time of flight) dan sensor pencahayaan banjir. Rekaan seperti ini juga bukanlah yang pertama buat peranti Samsung untuk sebuah peranti mercu. Galaxy Fold juga menggunakan rekaan posisi menegak yang lebih kurang sama. Galaxy Note 10 hanya akan dilancarkan beberapa bulan lagi, jadi tenang sahaja dahulu jangan terlampau berharap.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HJ7y7p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.