Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabra Elite 85h Yang Hadir Dengan Pembatalan Hingar Aktif Dilancarkan Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabra Elite 85h Yang Hadir Dengan Pembatalan Hingar Aktif Dilancarkan Di Malaysia

Awal tahun ini di acara CES 2019 Jabra yang merupakan salah satu pengeluar peranti audio telah mengumumkan beberapa produk terkini. Menjadi fokus mereka untuk tahun ini adalah Jabra Elite 85h yang merupakan fon kepala mereka yang pertama kali hadir dengan fungsi pembatalan hingar (noise-cancelling).

Sebelum ini Jabra popular dengan penawaran mereka untuk fon kepala dalam siri Revo dan Move. Untuk siri Elite kali ini, model Elite 85h hadir pada saiz yang agak besar berbanding kedua-dua model terdahulu bagi memberikan fungsi pembatalan hingar yang menyeluruh. Ia dilengkapi dengan span peredam bunyi yang besar dan selesa untuk dipakai dan menariknya fon kepala ini dihidupkan apabila pengguna memutarkan corong telinganya, tanpa memerlukan sebarang butang.

Melengkapkan spesifikasi Jabra 85h adalah 8 mikrofon yang boleh digunakan bagi fungsi telefon, dimana 4 mikrofon tersebut digunakan untuk merakam suasana hingar bagi membatalkannya dengan lebih memyeluruh. Pengguna boleh mengaktifkan fungsi pembatalan hingar ini selama 36 jam secara berterusan dan ia turut mempunyai fungsi pengecasan pantas, dimana pengecasan selama 15 minit dapat memberikan waktu operasi sepanjang 5 jam.

Selain dari itu, pada corong pembesar suara sebelah kanan terdapat butang khusus untuk pengguna mengaktifkan pembantu maya yang disokong Jabra iaitu Siri, Google Assistant dan juga Alexa. Butang yang sama juga digunakan untuk mematikan mikrofon. Butang-butang lain digunakan untuk mengawal peranti ini.

Satu lagi butang yang terdapat pada corong sebelah kiri adalah pemilihan Sound Mode membolehkan pengguna memilih sama ada untuk mengaktifkan pembatalan hingar, mematikannya atau mengaktifkan fungsi HearThrough untuk mendengar suasana sekeliling.

Jabra 85h ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Emas dan Biru dan akan dijual pada harga RM 1,349 menerusi pengedar-pengedar rasmi Jabra di seluruh Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2XbDs1D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.