Hi! Welcome Back and Stay Tune! MotomoPets Ialah Aplikasi Peliharaan Haiwan Maya Hari Raya Rantaian Blok Pertama Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MotomoPets Ialah Aplikasi Peliharaan Haiwan Maya Hari Raya Rantaian Blok Pertama Dunia

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Agmo Studio Berhad kini memperkenalkan aplikasi penjagaan haiwan MotomoPets yang dikuasakan dengan rantaian blok dan realiti terimbuh. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk menggalakkan interaksi sosial antara pengguna bersama kenalan terdekat sewaktu meraikan hari perayaan nanti.

MotomoPets adalah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk memelihara haiwan pilihan mereka. Ia tersedia dengan pelbagai tema daripada setiap musim perayaan. Bagi makluman anda, sistem rantaian blok ini berfungsi untuk menyokong aplikasi dengan memastikan jaminan keselamatan pada setiap data pengguna.

Aplikasi ini juga dapat menghubungkan pengguna dengan yang lain melalui imbasan kod QR pada aplikasi. Setiap imbasan kod yang dilakukan, pengguna akan memperolehi kredit keberkatan. Malah, haiwan peliharaan tersebut akan berubah mengikut fasa permainan dan dapat mengakses pelbagai ciri menarik pada peringkat seterusnya.

Apa yang menariknya, aplikasi ini turut hadir bersama kiriman kad raya digital (e-salam) kepada pengguna. Menerusi MotomoPets, ia tampil dengan membolehkan pengguna untuk menyesuaikan kad raya digital ini dengan pengalaman realiti terimbuh kepada penerima.

Oleh itu, menerusi aplikasi MotomoPets ini anda dapat memanfaatkan dua teknologi dengan mewujudkan cara interaktif bagi menghubungkan interaksi sosial antara satu sama lain. Bagi anda yang berminat, aplikasi ini boleh dimuat turun pada App Store dan Google Playstore di peranti pintar.

Muat Turun: MotomoPets versi Android dari Play Store

Muat Turun: MotomoPets versi iOS dari App Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JIP1KH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.