Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Akan Memfailkan Usul Mahkamah Menentang Halangan Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Akan Memfailkan Usul Mahkamah Menentang Halangan Amerika Syarikat

Huawei hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memfailkan usul mahkamah untuk meminta “summary judgment” yang membuatkan halangan terhadap peralatan Huawei diisytiharkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Sebelum ini, Huawei telah diletakkan di senarai halangan perdaganan membuatkan akses terhadap sejumlah teknologi dihalang. Ini sekaligus melibatkan perdagangan antara pihak Huawei dengan pelbagai syarikat di Amerika Syarikat seperti Google, Qualcomm, Microsoft, ARM dan sebagainya.

Huawei mengatakan yang mana kerajaan Amerika Syarikat tidak menyediakan sebarang bahan bukti mengatakan Huawei adalah ancaman kepada sekuriti. Menambah lagi, Huawei turut mengatakan langkah ini juga turut membawa kepada duluan yang berbahaya dalam sistem perundangan. Hari ini ia mungkin memberikan impak kepada industri telekomunikasi, dan pada masa akan datang mungkin industri lain.

Huawei turut menambah, mengatakan halangan ini akan memberikan impak terhadap perkembagan ekonomi dan teknologi di Amerika Syarikat – selain menghalang persaingan yang membawa kepada inovasi dan juga harga yang lebih kompetetif.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HGesu5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.