Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Sekuriti ZombieLoad Akan Menyebabkan Penurunan Prestasi Sebanyak 40 Peratus Untuk Peranti Mac Dengan CPU Intel Generasi Ketujuh Dan Kebawah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Sekuriti ZombieLoad Akan Menyebabkan Penurunan Prestasi Sebanyak 40 Peratus Untuk Peranti Mac Dengan CPU Intel Generasi Ketujuh Dan Kebawah

Beberapa hari lalu, ia telah dilaporkan bahawa siri CPU Intel hadir lagi dengan satu kerentanan sekuriti baru yang seakan-akan Meltdown dan Spectre yang dinamakan ZombieLoad, ataupun Microarchitectural Data Sampling (MDS).

Syarikat-syarikat seperti Intel, Microsoft, Google dan sebagainya telahpun mengeluarkan kemaskini untuk mengurangkan isu yang hadir melalui kerentanan ini, tetapi bagi Apple, mereka mempunyai berita yang tidak begitu baik untuk pengguna-pengguna mereka, terutamanya mereka dengan peranti Mac yang menggunakan CPU Intel generasi ketujuh dan kebawah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Apple, kemaskini ZombieLoad yang akan memperbaiki kerentanan tersebut secara sepenuhnya akan membuatkan peranti-peranti Mac, seperti iMac, Macbook dan Macbook Pro menghadapi isu pengurangan prestasi sehingga 40 peratus.

Bagi peranti-peranti Apple yang menggunakan CPU Intel generasi kelapan dan kesembilan pula, ia hadir dengan ciri keselamatan terbina yang mengekang isu ini tanpa mengurangkan tahap prestasi CPU.

Walaupun pengguna boleh menutup ciri hyper-threading, langkah ini hanya akan memperbaiki isu MDS dan bukan kerentanan lain seperti Meltdown dan Spectre.

Bagi pengguna Mac yang mementingkan keselamatan digital peranti mereka, nampaknya mereka perlu mendapatkan peranti Mac baru, atau berdepan dengan risiko sekuriti, ataupun pengurangan prestasi yang sangat teruk.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HlDqPc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.