Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terlalu Gelap ? Siri Huawei P30 Mempunyai Kebolehan Kamera Yang Menakjubkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terlalu Gelap ? Siri Huawei P30 Mempunyai Kebolehan Kamera Yang Menakjubkan

Selepas pelancaran siri Huawei P30, telefon pintar ini dilihat telah mendapat sambutan hangat dan sering menjadi buah mulut disebabkan kebolehan kameranya yang sangat baik. Antara teknologi yang sering diperkatakan adalah teknologi Zoom sehingga 50x. Bukan itu sahaja, Huawei juga terkenal dengan kebolehan untuk menghasilkan penggambaran malam yang cantik. Dan ini adalah antara sebab mengapa siri telefon pintar Huawei P30 mempunyai kebolehan untuk menghasilkan rakaman gambar yang cantik dan berkualiti.

Huawei sendiri telah menukar format pengimejan warna untuk telefon pintar terbaru mereka daripada RGGB kepada RYYB. Dengan format pengimejan warna yang baru ini, ia sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan penggambaran dengan hasil pewarnaan yang baik dan lebih jelas.

Bukan itu sahaja, pihak Huawei juga turut menyertakan sensor SuperSpectrum pada telefon pintar mereka. Melalui sensor yang disertakan ini, ia membolehkan Huawei P30 untuk menghasilkan penggambaran malam dengan pencahayaan 40% lebih tinggi daripada biasa. Image Signal Processor (ISP) pada Kirin 980 juga turut membantu hasil penggambaran menjadi lebih jelas dan cerah tanpa perlu risaukan sumber pencahayaan yang kurang atau berlebihan.

Di atas merupakan pandangan normal untuk sesuatu situasi dan hasil penggambaran yang menakjubkan menggunakan Huawei P30. Untuk mendapatkan penggambaran video dalam bentuk video, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah:

Langkah 1: Hidupkan aplikasi kamera di persekitaran yang kurang pencahayaan
Langkah 2: Pilih mod video
Langkah 3: Rakam gambar dengan pemandangan yang berwarna warni dan terperinci walaupun persekitaran anda adalah gelap.

Dengan fungsi fungsi pada kamera Huawei P30 yang sangat membantu untuk membuat rakaman penggambaran malam ini, anda tidak perlu risau lagi sekiranya persekitaran anda kekurangan pencahayaan.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar Huawei P30 ini, anda boleh dapatkannya pada harga RM2699 dan RM3799 untuk dua variasi berbeza melalui pengedar pengedar rasmi Huawei.

Bersempena dengan bulan Ramadhan tahun ini, Huawei telah memberikan beberapa penawaran menarik kepada semua melalui kedai atas talian mereka. Sekiranya anda membeli Huawei P30 melalui kedai atas talian Huawei, anda berpeluang untuk mendapatkan pengecas nirwayar daripada Huawei bersama sama kerangka nirwayarnya sekali.

Sekiranya anda membeli Huawei P30 Pro melalui kedai atas talian mereka, anda berpeluang untuk memiliki Huawei Talkband B5 yang bernilai RM599. Manakala bagi anda yang membuat pembelian atas talian melebihi RM1500, Huawei menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah benilai tiket penerbangan ke Tokyo dua hala untuk seorang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah hadiah menarik yang ditawarkan oleh Huawei ini. Mungkin, melalui pembelian atas talian Huawei, anda berpeluang untuk beraya di perantauan tahun ini.

Layari : Kedai Atas Talian Rasmi Huawei

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia 



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VuYq9Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.