Kursus e-PSV Dilancarkan Untuk Memudahkan Pemandu Seru Pandu Mendapatkan Lesen Memandu Vokasional
Sebahagian daripada undang-undang baru yang diperkenalkan oleh pihak JPJ dan juga APAD untuk menyelarikan industri seru-pandu di Malaysia ialah pemandu-pemandu perkhidmatan tersebut harus menjalani kursus PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam) selama enam jam dan menjalani ujian untuk mendapatkan lesen memandu vokasional tersebut.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke baru mengumumkan bahawa para pemandu seru-pandu boleh melakukan kursus wajib enam jam tersebut secara atas talian melalui kursus e-PSV yang disahkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan.
Menurut Anthony lagi, kursus e-PSV ini akan dikendalikan oleh pihak perkhidmatan seperti Grab ataupun MyCar, dan akan menggunakan kurikulum PSV sama yang digunakan didalam kelas-kelas yang dikendalikan oleh pusat pemanduan sekarang.
“Ini akan memudahkan para pemandu untuk menjalankan kursus tersebut, dan mereka boleh melakukan kursus tersebut pada waktu-waktu yang lebih fleksibel, dan akan mempercepatkan pengambilan ujian lesen vokasional tersebut”
Selepas melengkapkan kursus lesen PSV, para pemandu ini masih perlu mengambil ujian satu jam untuk mendapatkan lesen tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JLH0DU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment