Google Menjenamakan Semula ARCore Kepada Google Play Services for AR
Google ARCore adalah API khas untuk sokongan realiti terimbuh pada peranti Android. Ia adalah seperti Apple dengan ARKit mereka. Google ARCore ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan hanya dilancarkan secara rasmi pada tahun 2018.
Kini Google dilihat telah menjenamakan semula API ini. Google menukar nama ARCore kepada Google Play Services for AR. Google tidak memberikan sebarang penjelasan kenapa namanya diubah. Ia mungkin kerana ingin selarikan dengan nama seperti Google VR Services, yang mana lebih menjelaskan yang ia adalah aplikasi perkhidmatan dan bukannya aplikasi yang boleh digunakan begitu sahaja.
Perubahan nama ini dilihat hadir pada kemaskini 1.11. Antara perubahan yang hadir adalah;
- ARCore kini menyasarkan peranti yang menyokong 60fps.
- Mampu menuras konfigurasi kamera berdasarkan sasaran FPS dan juga penggunaan sensor kedalaman
Anda akan lihat kemaskini ini melalui Google Play Store bermula hari ini.
Muat Turun Google Play Services for AR Di Play Store
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment