Xiaomi Memperkenalkan Mi Power Bank 2i 20000mAh Dengan Kemasan Sandstone
Xiaomi dan power bank adalah satu perkara yang susah untuk dipisahkan. Ini kerana Xiaomi menghasilkan power bank yang baik, berkualiti dan juga seperti biasa dijual pada harga yang sangat murah. Malah, produk pertama Xiaomi yang memasuki pasaran tempatan adalah sebuah power bank yang dijual pada harga RM36.
Terkini, Xiaomi telah mengumumkan satu power bank dengan kemasan yang unik. Produk ini adalah Mi Power Bank 2i 20000mAh dengan kemasan Sandstone. Apa yang menarik dengan power bank ini adalah, ia menyokong pengecasan pantas 18W, mempunyai dua port USB-A dan ia 100% dibuat di India. Menurut Xiaomi ia mampu mengecas peranti Redmi K20 Pro sebanyak 3 kali atau iPhone 8 sebanyak lebih 7 kali pengecasan penuh. Ia hanya dijual di India dan berharga ₹1499 (~RM89).
Selain itu, power bank ini menggunakan kemasan sandstone yang mana popular digunakan oleh OnePlus. Malah sehingga hari ini OnePlus masih mengeluarkan kerangka dengan kemasan ini. Power bank ini agak unik kerana kemasannya. Kebanyakan power bank Xiaomi sebelum ini adalah diperbuat daripada plastik dan aluminium. Berkemungkinan besar, kemasan ini adalah inspirasi daripada power bank yang OnePlus pernah hasilkan pada tahun 2014.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment