Hi! Welcome Back and Stay Tune! OpenSignal : Pengguna Peranti Samsung Menikmati Kelajuan Muat-Turun Lebih Baik Berbanding Huawei Dan Apple - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OpenSignal : Pengguna Peranti Samsung Menikmati Kelajuan Muat-Turun Lebih Baik Berbanding Huawei Dan Apple


OpenSignal merupakan salah satu syarikat yang menghimpunkan data berkaitan rangkaian mudah-alih. Terbaru, mereka telah mengeluarkan kajian terbaru yang melihat kepada kesan penggunaan sesuatu jenama telefon pintar dalam pengalaman rangkaian mudah-alih.

Melalui ujian yang dilakukan melibatkan lebih 23 juta peranti, OpenSignal mendapati pengguna peranti Samsung menikmati kadar kelajuan muat-turun yang lebih baik berbanding Apple dan Huawei di 35% buah negara.

Di Malaysia sendiri, data yang dihimpunkan oleh OpenSignal memperlihatkan pengguna Samsung menikmati kadar kelajuan muat-turun lebih baik berbanding dengan pengguna peranti Huawei dan juga Apple.

OpenSignal Kelajuan

Melalui purata kelajuan yang diperlihatkan, pengguna Samsung dilihat menikmati kadar kelajuan muat-turun secara purata 16Mbps, sementara Huawei 15Mbps dan Apple 13Mbps.

Pada masa yang sama, OpenSignal turut memperlihatkan yang mana pengguna peranti berspesifikasi tinggi menikmati kadar kelajuan muat-turun lebih pantas berbanding kepada peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah.

OpenSignal Kelajuan

Hal ini sekaligus memperlihatkan yang mana selain rangkaian mudah-alih yang dipilih, penggunaan peranti oleh pengguna juga turut memainkan peranan penting dalam memastikan anda menikmati rangkaian mudah-alih yang baik berbanding yang lain.

Bagi anda sendiri, apakah kajian ini akan memberikan kesan terhadap pembelian peranti selepas ini?

Baca : Laporan Penuh OpenSignal



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.