Huawei Y9 Prime Menerima Kemaskini EMUI 9.1 – Hadir Dengan GPU Turbo 3.0 Dan Sokongan EROFS
Huawei Y9 Prime adalah peranti Huawei pertama dengan sokongan kamera pop-naik. Peranti ini berada dalam kategori kelas-pertengahan dan dijual di Malaysia secara rasmi pada harga hanya RM899 untuk storan 4/128 GB. Peranti secara keseluruhan mempunyai prestasi yang baik, tetapi untuk kamera – ia hanya biasa-biasa sahaja.
Baca Pandang Pertama Huawei Y9 Pro Kami Di Sini
Huawei baru-baru ini telah mula mengedarkan kemaskini EMUI 9.1 untuk peranti ini. Dalam kemaskini ini, Huawei sertakan sokongan GPU Turbo 3.0 dan juga sokongan storan EROFS. Apakah itu EROFS? EROFS adalah Extendable Read-Only File System. Ia menggunakan perisian untuk mengoptimasikan kelajuan storan membaca kepada 20%. Kemudian ia menjimatkan storan sistem melebihi 2GB. Disebabkan Huawei Y9 Prime menggunakan storan berasaskan eMMC, EROFS ini sepatutnya dapat meningkatkan juga prestasi buka/tutup/tukar aplikasi.
Untuk GPU Turbo 3.0 pula, EMUI akan meningkatkan lagi prestasi peranti ketika bermain permua. Dengan GPU Turbo 3.0 juga, permua yang dimainkan akan kurang mengalami masalah penurunan kadar bingkai. Penggunaan tenaga cip pemprosesan pula akan berkurangan sebanyak 10%. Antara permua yang menyokong GPU Turbo 3.0 adalah; Fortnite, Real Racing 3, Into the Dead 2, PES2019, Plants vs. Zombie Heroes, Subway Surfers, Brawl Stars, Mobile Legends: Bang Bang, Vainglory, Arena of Valor, Rules of Survival dan banyak lagi.
Kemaskini ini akan hadir secara berperingkat dan bagi pengguna Huawei Y9 Prime di Malaysia, nantikan sahaja kemaksini ini tiba secara OTA.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment