Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berbaki RM6.9 Bilion, Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berbaki RM6.9 Bilion, Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online


Foto – AFP

Wang Tidak Dituntut (WTD) dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara (JANM) masih berbaki RM6.932 sehingga 31 Oktober lepas. Jumlah yang diberitahu semasa persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah, sebanyak RM10.862 bilion diterima jabatan itu dan RM2.085 bilion daripada jumlah itu telah dibuat bayaran semula.

Menurut beliau selepas ini orang ramai boleh menyemak WTD secara online. Kini JANM dalam peringkat membangunkan perisian sistem dalam talian yang dijangka diperkenalkan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan untuk memudahkan semakan dibuat.

Ini bagi memudahkan rakyat Malaysia mengakses dan menyemak WTD dengan lebih cepat, cekap dan tepat. Juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menyemak baki wang mereka.

Semak Wang Tidak Dituntut

Bagi yang ingin menyemak, sebelum semakan secara online terlaksa, anda boleh kunjungi terus ke kaunter JANM seluruh negara dengan membawa bersama kad pengenalan (warganegara) atau passport (bukan warganegara)

Semakan yang melalui sistem JANM, biasanya mengambil masa kurang dari lima minit dan pegawai akan memaklumkan jumlah WTD kepada pemohon sekiranya ada. Selepas iitu anda boleh membuat tuntutan WTD.

Jika anda ingin membuat semakan bagi pihak waris yang telah meninggal dunia, dokumen sokongan diperlukan seperti sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan lain yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

WTD tidak mempunyai tarikh luput dan semakan boleh dibuat pada bila-bila masa.

Untuk menuntut WTD, terdapat borang-borang tertentu yang perlu diisi. Borang-borang boleh dimuat turun JANM dengan mengklik Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD).

The post Berbaki RM6.9 Bilion, Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online appeared first on EkELEH.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ EkELEH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.