YouTube Memperkenalkan Antaramuka Baharu Pada Desktop Dan Tablet
Bagi majoriti manusia di dunia, lebih banyak masa dihabiskan menonton video di YouTube berbanding televisyen. Sebagai “stesen TV” terbesar di dunia, antaramuka laman penstriman video ini telah dikemaskini bermula hari ini bagi memudahkan lagi penemuan kandungan baharu dan merancang apa yang ingin distrim.
Antaramuka laman YouTube telah dikemaskini untuk pengguna desktop dan tablet. Perubahan paling mendadak dilakukan pada imej acah yang kini lebih besar. Jika dahulu lima imej acah dipaparkan sebaris kini ini berkurangan kepada empat. Ikon untuk saluran turut dipaparkan lebih jelas di bawah setiap imej acah.
Seterusnya pengguna boleh melakukan ciri Add To Queue dengan menekan imej acah. Video-video yang ingin ditonton tanpa henti boleh dimasukkan ke dalam senarai main sementara. Selama ini fungsi ini hanya boleh diakses pengguna aplikasi mudah alih. Video kemudian akan dimainkan di dalam tingkap kecil pada bucu kanan pelayar web.
Akhir sekali ciri Don’t Recommend Channel turut boleh diakses terus dari imej acah. Dengan ciri ini video yang disarankan oleh algoritma tetapi tidak selari dengan apa yang ingin anda tonton tidak lagi akan dipaparkan. YouTube mengatakan antaramuka ini akan diberikan secara berperingkat bermula hari ini. Adakah anda antara yang telah menerimanya?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment